Speakers

Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd

Berpuluh-puluh tahun berkecimpung dalam dunia keusahawanan, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin memanfaatkan pengalaman yang ada untuk menyambung legasi bapanya membangunkan Mydin sebaik mungkin sehingga berjaya seperti sekarang. Biarpun nama pasaraya Mydin gah dan terkenal serta sudah 65 tahun bertapak dalam industri, namun ahli perniagaan ini tidak lupa menghulurkan bantuan kepada masyarakat memerlukan. Kejayaan beliau dalam memasarkan Mydin sebagai jenama yang dekat dengan masyarakat bakal dikongsikan bersama peserta.