Speakers

Datuk Hussamuddin Yaacub

Pengasas & Penasihat Kumpulan Karangkraf

Beliau merupakan Pengasas Kumpulan Karangkraf sejak tahun 1978. Bermula sebagai sebuah perniagaan penerbitan kecil di lot kedai dengan mencetak terbitan pertamanya, iaitu Mingguan Kanak Kanak. Hari ini, Kumpulan Karangkraf telah berkembang menjadi salah satu penerbitan, percetakan dan gergasi media di Malaysia. Beliau bakal berkongsi tentang rahsia, cabaran dan panduan untuk mengekalkan perniagaan yang lebih empat dekad bertapak dan berkembang selari dengan kehendak masa kini.