Speakers

Muhd Firdaus Azharuddin

Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)

Bidang kepakarannya termasuk pembangunan perniagaan, hubungan kerajaan dan kawal selia serta perkhidmatan pelanggan. Beliau menerajui INSKEN dalam melaksanakan kesemua inisiatif program latihan dan bimbingan, operasi harian, pemantauan bajet dan perbelanjaan, proses perniagaan, sumber manusia, pentadbiran, penasihat kepada pengurusan kanan dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah berkaitan operasi serta strategik dari semasa ke semasa. Pemerkasaan Usahawan Masa Hadapan adalah matlamat utama beliau bagi membuka mata para usahawan tentang peluang dan potensi yang ada bagi setiap perniagaan di Malaysia.