Home Blog Page 2

Bermula dengan suka-suka akhirnya menjadi mutawif

0

Patuh syariah dan mesra muslim, merupakan teras kepada konsep perniagaan yang dibawakan oleh kami dalam menawarkan perkhidmatan menguruskan perjalanan umrah termasuk pakej pelancongan. Syarikat kami mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan dan mula beroperasi secara rasmi pada tahun 2012. Sebenarnya, sejarah menguruskan perjalanan umrah bermula secara sambilan ketika menuntut di Madinah. Namun kerana minat yang mendalam, saya akhirnya meneruskan bidang berkenaan secara serius.

Bermula dengan suka-suka, lama kelamaan beberapa syarikat pelancongan ternama mula mengintai bagi mendapatkan khidmat dan dari situlah bermulanya peranan saya menjadi seorang mutawif. Saya tolong cari tempat penginapan, uruskan perjalanan, kenderaan dan makanan. Tak sangka akhirnya menjadi minat apabila orang berpuas hati dengan khidmat yang saya tawarkan Hari ini, Mursyid Alharamain Travel & Tours semakin dikenali. Bagi mempromosikan jenama dan mengukuhkan lagi keyakinan orang ramai terhadap perkhidmatan, kami memilih untuk menjadikan Sinar Harian sebagai platform untuk mengembangkan bisnes.

Sebagai peniaga, saya yakin Sinar Harian adalah platform terbaik kerana ia dibaca oleh pelbagai peringkat lapisan masyarakat. Sinar Harian berkonsepkan neutral dan ini secara tidak langsung memberi pulangan sihat kepada Alharamain Travel & Tours Sdn Bhd. Bagi saya, pengiktirafan melalui Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) yang julung kali dianjurkan oleh Sinar Harian ini bakal memberi impak yang positif. Biasanya, perkara atau acara yang pertama akan mudah diingati dan eksklusif. Justeru, kami yakin melalui BISA ini kami mampu menjenamakan lagi syarikat Mursyid Alharamain Travel & Tours.

Anugerah pemasaran di media sosial 2023

0

Apabila kita meletakkan diri sebagai pelanggan, sudah pasti jenama yang lebih terkedepan dari segi pemasaran akan dikenali dan lebih dipercayai. Kami berusaha memupuk kepercayaan pengguna dan ini penting dalam memastikan orang ramai lebih yakin terhadap produk-produk keluaran Skin Dessert di pasaran. Jenama Skin Dessert memfokuskan penyediaan alternatif kepada produk penjagaan kulit muka yang berkualiti, halal dan sesuai untuk pengguna. Skin Dessert dimulakan pada tahun Februari 2019 setelah mendapati jurang dalam pasaran untuk penjagaan kulit halal dengan rangkaian produk yang semakin meluas.

Tahun lepas kami banyak menang anugerah termasuk daripada Nona dan Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN). Pada saya, ia (anugerah) sangat membantu. Selepas memasuki tahun keempat, Skin Dessert terus kekal dalam pasaran kosmetik penjagaan kulit sehingga berjaya membantu melahirkan ramai usahawan yang mampu menjana pendapatan mereka melalui produkproduk kami. Bagi saya, aspek pemasaran memainkan peranan penting dalam perniagaan, perkara yang perlu diberi penekanan adalah dari segi membina kekuatan pasukan. Membentuk dan membina pasukan ini penting untuk saya mencari gali orang-orang yang boleh faham kenapa mereka perlu menggunakan platform Skin Dessert.

Masuk tahun keempat (2023) ini, saya dapat mengenal pasti bahawa pemasaran benar-benar membantu untuk mengangkat jenama Skin Dessert pergi lebih jauh. Sebagai penerima Bisnes Sinar Harian Awards (BISA), saya memilih platform yang disediakan oleh Sinar Harian ini untuk menambahkan lagi keyakinan dan pengukuhan jenama Skin Dessert dalam kalangan masyarakat. Saya yakin BISA juga dapat membantu membina kepercayaan dalam kalangan ejen-ejen kami di seluruh Malaysia agar jenama kami terus mendapat tempat di hati pengguna.

Anugerah pencapaiansepanjang hayat 2023

0

Saya percaya setiap pengusaha perniagaan sudah tentu mempunyai rahsia kejayaan tersendiri bagi memastikan syarikat yang dibangunkan dapat berkembang maju dan diterima.

Kami di Mydin juga mengamalkan sikap merendah diri dan tidak memandang enteng kepada perniagaan atau syarikat lain meskipun bertaraf perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Setiap perniagaan perlu menggunakan kelebihan sendiri tanpa ada sikap hasad dengki kepada pihak lain. Bagi kami, kalau ada pasar raya besar baharu atau kedai kecil dibuka di kawasan berdekatan, mereka ini tidak dipandang kecil.

Kami tetap anggap mereka adalah pesaing dan mungkin mereka ini berbisa. Itu yang lazimnya kami jaga dan tanamkan. Kita kena faham, bisa walaupun sedikit, boleh bawa mati.

Masing-masing ada kelebihan dan itu yang kita kena kenal pasti supaya pelanggan tidak akan lari kepada yang lain. Persaingan adalah adat perniagaan, tetapi saya dan pasukan tetap berpegang kepada pelanggan setia akan tetap bersama.

Inilah yang menjadi antara faktor Mydin berjaya membuka sebanyak 61 cawangan di seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak dan yang terkini, bakal dibina di Perlis.

Alhamdulillah, Mydin yang ditubuhkan pada tahun 1956 kini mempunyai reputasi kukuh dalam industri peruncitan negara.

Kedai pertama diusahakan oleh ayah iaitu Mydin Mohamed di Kota Bharu, Kelantan sebelum dikembangkan ke negeri lain bermula pada 1979. Kami (ahli keluarga) meneruskan legasi ini.

Semuanya bermula di Kelantan dan sokongan rakyat negeri itu memang di luar jangkaan. Sebab itulah kami buka cawangan terbesar di Kelantan.

Saya berterima kasih kepada mereka yang memberi sokongan kepada Mydin selama ini. Dengan sokongan itu, semua negeri akan ada Mydin. Ini penting kerana kami tidak mahu ada yang tertinggal. Semua orang boleh pergi Mydin yang dekat dengan tempat duduk mereka.

Kenapa Bayar Lebih? Beli dengan Harga Borong – prinsip ini kami pegang kuat seiring dengan prinsip halal dan integriti sejak awal penubuhan Mydin, malah masih dikekalkan sehingga kini.

Sama seperti perniagaan lain, Mydin juga mempunyai cabaran tersendiri dan turut terkesan dengan krisis yang melanda dunia.

Semasa musim banjir besar kami alami banyak kerugian. Namun, cabaran yang paling besar adalah semasa pandemik Covid-19.

Kami alami kerugian sehingga ratusan juta apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di seluruh negara. Bayangkan, bangunan besar Mydin kosong! Kami mengalami kerugian sehingga RM7 juta sehari.

Alhamdulillah, lama-kelamaan kian pulih dan kami berterima kasih kepada warga Mydin kerana sama-sama bertahan.

Kami juga berdepan cabaran kekurangan pekerja yang tidak pernah berjaya diselesaikan. Namun, saya bersyukur kerana walaupun mereka berhenti tetapi tiga atau empat tahun kemudian mereka kembali ke sini. Ini menunjukkan mereka akui kelebihan Mydin dan bersedia kembali semula bekerja dengan kami selepas berhenti.

Ekonomi digital juga merupakan cabaran besar yang dihadapi menyebabkan Mydin ketika ini perlu bergerak seiring dengan kemajuan dunia teknologi. Kita tidak boleh ketinggalan dan prinsip kemajuan teknologi tak boleh kita ketepikan baik perniagaan besar mahupun kecil. Transformasi ini perlu kita kuasai.

Sebagai sebuah perusahaan keluarga saya tidak nafikan berlaku percanggahan pendapat, namun ia berjaya ditangani dengan sesi perbincangan bersama untuk masing-masing luahkan apa yang terbuku di dada. Walaupun ada perbalahan, kami percaya darah yang mengalir lebih tebal daripada air. Apa pun perselisihan faham yang berlaku, kami tetap makan bersama setiap hari. Semasa makan kami akan duduk bersama dan luahkan perasaan, ketika itu masing-masing boleh bercakap apa sahaja.

Alhamdulillah, sepanjang penubuhan Mydin kami telah menerima pelbagai pengiktirafan. Kami diiktiraf sebagai Rangkaian Pasar Raya Terbesar di Malaysia oleh MRCA, Anugerah Majikan Prihatin oleh Kementerian Sumber Manusia dan Anugerah Pilihan Rakyat oleh Anugerah Jenama Putra.

Kami juga diiktiraf menerusi Anugerah Kecemerlangan Korporat dan Keusahawanan oleh MyMalaysia Awards, Anugerah Dermawan oleh Yayasan Kaseh Kanser dan Kronik serta Anugerah Pemimpin Cemerlang 2007 oleh Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur. Terima kasih banyak-banyak atas pengiktirafan ini.

Bagi saya, setiap anugerah dan pengiktirafan mampu meningkatkan semangat perusahaan dan perniagaan kecil mahupun besar untuk mengembangkan perniagaan. Ini termasuk Mydin sendiri. Saya sangat hargai apa juga anugerah atau pengiktirafan yang diberi. Melalui anugerah, perniagaan terutama PKS akan lebih berdaya saing secara sihat dan memberikan yang terbaik dalam perkhidmatan yang dilakukan.

Bagi saya, anugerah bukan sekadar satu trofi malah menjadi pemangkin semangat untuk saya dan ahli yang terlibat melakukan lebih baik pada masa akan datang. Ini juga menjadi pendorong kepada kami sebagai syarikat pemborong dan runcit terkemuka untuk terus memberi nilai terbaik, kualiti ditingkatkan, perkhidmatan diutamakan dan paling penting mempelbagaikan jenis barangan bagi meneruskan kecemerlangan berdasarkan formula perniagaan sedia ada.

Agak sukar untuk saya memberikan jangkaan perniagaan dalam tempoh lima atau 10 tahun akan datang kerana ekonomi dan teknologi bergerak dengan sangat cepat. Malah, kita tidak tahu apa akan berlaku tahun depan. Nasihat saya untuk Mydin sendiri dan pemain industri yang lain supaya jangan membazir. Kita kena sentiasa kuat untuk hadapi apa juga cabaran.

Apa yang berubah kita perlu lalui dan ambil peluang. Saya sendiri telah hadapi pelbagai krisis yang berlaku sebelum ini. Kalau kita sedia dan sanggup lalui sebarang cabaran, jangan sesekali berputus asa. Apabila kita positif dan banyak bersyukur, saya yakin apa sahaja masalah yang datang kita boleh harunginya. https: //www. mydin. my/

Terima Kasih – Datuk Awie | Bisnes Sinar Awards 2023 (BISA) Sinar Harian

0

Persembahan Datuk Awie di Bisnes Sinar Awards 2023 (BISA) Persembahan penutup oleh Dato Awie bersempena anugerah BISA, anugerah yang julung kali dianjurkan oleh Sinar Harian bagi menghargai sumbangan para usahawan.

Malam Anugerah BISA Sinar Harian | Bisnes Sinar Awards 2023 (BISA)

0

Anugerah yang julung kali dianjurkan oleh Sinar Harian bagi menghargai sumbangan para usahawan.

BISA Awards Recap

0

The BISA Awards is to show appreciation and repay all the blood, sweat and tears, as well as their sacrifice and hard work throughout the entrepreneurs’ journey to push forward and grow their businesses.

Here’s a recap of what happened during the event!

#BISA #BISAAwards #Entrepreneur #Event #SME #Awards #SinarHarian #Business #SinarDaily #WeAreTransparentWeAreTruthful