Dalam tempoh 44 tahun perjalanan bisnes Kumpulan Karangkraf, kami melalui jatuh bangun yang bukan sedikit.
Tetapi kami telah berkembang dan bertransformasi seiring dengan peredaran masa, perkembangan teknologi dan tuntutan rakyat Malaysia.
Maka kami sangat mengerti susah senang seorang usahawan dan peniaga kerana kami juga bertatih dari bawah. Bermula dengan sebuah lot kedai di SS2, Petaling Jaya dengan menerbitkan buku kajian sejarah Melayu dan rujukan STPM, kini Kumpulan Karangkraf adalah gergasi media di Malaysia.
Dalam tempoh 44 tahun ini juga, katakan apa sahaja anugerah, pertandingan, peraduan dan program yang tidak pernah kami anjurkan. Tetapi tahun ini, Sinar Karangkraf Grup yang juga salah satu sayap di bawah payung Kumpulan Karangkraf menginisiatifkan satu lagi anugerah berprestij iaitu Bisnes Sinar Harian Awards atau BISA. Berbeza dengan penganjuran anugerah bisnes lain di negara ini, BISA bukan sekadar pentas anugerah.