Kami mahu sentiasa dekat dengan pengguna

Sejak awal penubuhan redONE, matlamat kami adalah untuk membantu pengguna menikmati pelan terbaik tanpa perlu berbelanja lebih. Kami mahu menawarkan pakej panggilan suara dan data pada harga paling berpatutan dan sesuai dengan situasi ekonomi yang mencabar pada ketika itu. Pada 2012, redONE ditubuhkan sebagai Operator Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) pertama di Malaysia menyediakan perkhidmatan pasca bayar dengan pelan bermula dari harga serendah RM8 sebulan dengan menggunakan infrastruktur 4G LTE terluas pada harga mesra bajet.

Pada ketika itu, telah wujud permintaan untuk pengendali telekomunikasi menyediakan pelan lebih jimat ekoran situasi ekonomi yang mencabar, di samping rata-rata masyarakat terkesan dengan peningkatan kos sara hidup. Apa yang membezakan kami dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi lain adalah pengguna yang disenaraihitam juga diterima. Itulah keistimewaan kami yang dekat dengan pengguna. Terima kasih Sinar Harian kerana telah memudahkan jenama kami menyampaikan maklumat perkhidmatan pasca bayar mudah alih kepada pengguna di Malaysia.

Melalui media ini telah mewujudkan kesedaran di kalangan orang ramai terhadap perkhidmatan yang kami sediakan. Selain Malaysia, redONE turut beroperasi di Singapura dan Thailand serta merancang dan bercita-cita tinggi untuk berkembang ke bahagian lain di ASEAN dalam tempoh terdekat. Kami memenangi pelbagai anugerah untuk amalan dan nilai, tentu sekali Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) menjadi satu pengiktirafan dan membuktikan perkhidmatan kami dipercayai bukan sahaja kepada pengguna berpendapatan rendah malah golongan usahawan juga. redONE mempunyai sejumlah rakan jualan yang menjadi tulang belakang kepada perkembangan perniagaan redONE. Saban tahun redONE telah memberikan pelbagai inisiatif kepada rakan jualannya untuk memupuk semangat keusahawanan dan menjadi pendorong kepada mereka terus berusaha bersama-sama meningkatkan jualan redONE.

Artikel Terkini

Gelaran ‘abang long kawasan’ di Selangor

Kami bukan gengster tetapi abang long kawasan yang bertanggungjawab...

Bawa semangat legasi perniagaan ayah

Segalanya bermula daripada ayah. Dahulu ayah saya bekerja sebagai...

Bukan mudah bina keyakinan di mata orang lain

Jangan sesekali cuba hadap semua masalah dalam satu masa,...

Imej koperasi kini lebih terserlah

Banyak yang telah berjaya kami kecapi terutamanya dalam meningkatkan...

Permulaan kami dari satu pintu ke pintu…

Segalanya bermula ketika merantau ke Timur Tengah untuk menimba...

Niat beri pendidikan percuma kepada masyarakat

Murtadha Dakwah Centre (MADAD) telah diasaskan oleh abang saya,...

Artikel Berkaitan

Gelaran ‘abang long kawasan’ di Selangor

Kami bukan gengster tetapi abang long kawasan yang bertanggungjawab dalam hal berkaitan pengurusan sampah di negeri Selangor. Bukan mudah untuk memastikan kawasan jajahan yang...

Bawa semangat legasi perniagaan ayah

Segalanya bermula daripada ayah. Dahulu ayah saya bekerja sebagai Pengurus Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). Ketika itu ayah sedang bermain takraw dan seluar dipakai oleh...

Bukan mudah bina keyakinan di mata orang lain

Jangan sesekali cuba hadap semua masalah dalam satu masa, sebaliknya selesaikan dan laluinya satu demi satu. Itulah resipi dan cara kami mendepani susur galur...