Patuh syariah dan mesra muslim, merupakan teras kepada konsep perniagaan yang dibawakan oleh kami dalam menawarkan perkhidmatan menguruskan perjalanan umrah termasuk pakej pelancongan. Syarikat kami mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan dan mula beroperasi secara rasmi pada tahun 2012. Sebenarnya, sejarah menguruskan perjalanan umrah bermula secara sambilan ketika menuntut di Madinah. Namun kerana minat yang mendalam, saya akhirnya meneruskan bidang berkenaan secara serius.
Bermula dengan suka-suka, lama kelamaan beberapa syarikat pelancongan ternama mula mengintai bagi mendapatkan khidmat dan dari situlah bermulanya peranan saya menjadi seorang mutawif. Saya tolong cari tempat penginapan, uruskan perjalanan, kenderaan dan makanan. Tak sangka akhirnya menjadi minat apabila orang berpuas hati dengan khidmat yang saya tawarkan Hari ini, Mursyid Alharamain Travel & Tours semakin dikenali. Bagi mempromosikan jenama dan mengukuhkan lagi keyakinan orang ramai terhadap perkhidmatan, kami memilih untuk menjadikan Sinar Harian sebagai platform untuk mengembangkan bisnes.
Sebagai peniaga, saya yakin Sinar Harian adalah platform terbaik kerana ia dibaca oleh pelbagai peringkat lapisan masyarakat. Sinar Harian berkonsepkan neutral dan ini secara tidak langsung memberi pulangan sihat kepada Alharamain Travel & Tours Sdn Bhd. Bagi saya, pengiktirafan melalui Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) yang julung kali dianjurkan oleh Sinar Harian ini bakal memberi impak yang positif. Biasanya, perkara atau acara yang pertama akan mudah diingati dan eksklusif. Justeru, kami yakin melalui BISA ini kami mampu menjenamakan lagi syarikat Mursyid Alharamain Travel & Tours.