Tentang BISA

Anugerah BiSA dianjurkan bertujuan mengiktiraf peniaga Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) terpilih di seluruh Malaysia. Setiap penerima dipilih oleh Sinar Harian sendiri bersama panel juri khas daripada pelbagai lapangan dan pemain industri.
Anugerah BiSA juga memberi penekanan kepada impak sosial dan komuniti yang dihasilkan oleh perniagaan tersebut

Dalam tempoh 44 tahun perjalanan bisnes Kumpulan Karangkraf, kami melalui jatuh bangun yang bukan sedikit.

Tetapi kami telah berkembang dan bertransformasi seiring dengan peredaran masa, perkembangan teknologi dan tuntutan rakyat Malaysia.

Maka kami sangat mengerti susah senang seorang usahawan dan peniaga kerana kami juga bertatih dari bawah. Bermula dengan sebuah lot kedai di SS2, Petaling Jaya dengan menerbitkan buku kajian sejarah Melayu dan rujukan STPM, kini Kumpulan Karangkraf adalah gergasi media di Malaysia.

Dalam tempoh 44 tahun ini juga, katakan apa sahaja anugerah, pertandingan, peraduan dan program yang tidak pernah kami anjurkan. Tetapi tahun ini, Sinar Karangkraf Grup yang juga salah satu sayap di bawah payung Kumpulan Karangkraf menginisiatifkan satu lagi anugerah berprestij iaitu Bisnes Sinar Harian Awards atau BISA. Berbeza dengan penganjuran anugerah bisnes lain di negara ini, BISA bukan sekadar pentas anugerah.

BISA direka bukan semata-mata untuk mengiktiraf usahawan di Malaysia terutama pemain industri perusahaan kecil dan sederhana. Tetapi kami juga ingin membentuk satu komuniti bisnes yang saling membantu, menyokong dan berhubung.

Usahawan yang terpilih memenangi anugerah akan didendangkan kisah kejayaan dan liku-liku jatuh bangun mereka melalui segenap saluran serta platform media di bawah Kumpulan Karangkraf. Mereka ini akan menjadi inspirasi kepada peniaga yang baharu dan lebih penting kepada generasi muda yang kini semakin ramai ingin menceburi bidang perniagaan.

Tidak ketinggalan, dengan kerjasama dan sokongan daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) serta pelbagai agensi kerajaan lain, Sinar Harian akan memainkan peranan sebagai jambatan penghubung dengan komuniti bisnes Malaysia. Lebih banyak pertukaran idea, masterclass, bengkel dan kerjasama dapat kita dilakukan bersama untuk meneroka segala kemungkinan dalam era digitalisasi teknologi hari ini. Apa yang pasti, segalanya bermula dengan langkah pertama menerusi BISA.

Html code here! Replace this with any non empty text and that's it.